Thursday, December 23, 2010

BELAJAR UNTUK MEMAAFKAN ORANG

Bila dikenang zaman persekolahan dulu, banyak kisah suka dan duka masing-masing. Baik dari segi pelajaran mahupun hal peribadi. Ada yang bergaduh dengan kawan kerana berebutkn seorang lelaki..huhuhu… alangkah ceteknyer pemikiran kita bila kita terpaksa bermusuh dengan orang lain hanya kerana seorang lelaki. Tapi itu kisah dulu, bila kita dewasa baru kita sedar kesilapan kita yang lampau. Tapi ada juga di antara kita yang sampai sekarang sanggup bermusuh dengan kawan hanya kerana kesilapan lampau. MEMPELAJARI UNTUK MEMAAFKAN ORANG LAIN. Memang mudah untuk disebut tapi untuk membuatnya itu terlalu sukar. Huh.. semua orang faham perasaan  tersebut. Kita manusia, sukar kita nak pujuk hati kita agar mudah memaafkan orang. Tapi satu kelainan yang dapat kita rasakan apabila kita memaafkan. Satu perasaan dimana kita akan rasa lega seolah2 kita terlepas dari beban yang berat. Saat itu baru kita akan rasa hepy dengan apa yang telah kita lakukan iaitu MEMAAFKAN. Tapi macamana pula kalau hati kita terlalu sakit dan kesalahan tersebut sukar untuk kita maafkan? Semuanya dari kita, kita adalah makhluk Allah tak lari dari melakukan kesilapan. Apa yang kurang sama2 kita betulkan, apa yang ebih sama2 kita kongsikan.. Insyaallah….

No comments:

Post a Comment