Bila dikenang zaman persekolahan dulu, banyak kisah suka dan duka masing-masing. Baik dari segi pelajaran mahupun hal peribadi. Ada yang bergaduh dengan kawan kerana berebutkn seorang lelaki..huhuhu… alangkah ceteknyer pemikiran kita bila kita terpaksa bermusuh dengan orang lain hanya kerana seorang lelaki. Tapi itu kisah dulu, bila kita dewasa baru kita sedar kesilapan kita yang lampau. Tapi ada juga di antara kita yang sampai sekarang sanggup bermusuh dengan kawan hanya kerana kesilapan lampau. MEMPELAJARI UNTUK MEMAAFKAN ORANG LAIN. Memang mudah untuk disebut tapi untuk membuatnya itu terlalu sukar. Huh.. semua orang faham perasaan tersebut. Kita manusia, sukar kita nak pujuk hati kita agar mudah memaafkan orang. Tapi satu kelainan yang dapat kita rasakan apabila kita memaafkan. Satu perasaan dimana kita akan rasa lega seolah2 kita terlepas dari beban yang berat. Saat itu baru kita akan rasa hepy dengan apa yang telah kita lakukan iaitu MEMAAFKAN. Tapi macamana pula kalau hati kita terlalu sakit dan kesalahan tersebut sukar untuk kita maafkan? Semuanya dari kita, kita adalah makhluk Allah tak lari dari melakukan kesilapan. Apa yang kurang sama2 kita betulkan, apa yang ebih sama2 kita kongsikan.. Insyaallah….
Thursday, December 23, 2010
Wednesday, December 22, 2010
MALAM PERTAMA
Malam Pertama..
Sempena musim kawin..kekekkeke...Lesson: Bukak sume hadiah b4
masuk tido...kekeke..:p
Malam Pertama
Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung
disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku
memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara
sumbang terlalu banyak yang menegurku.
"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.
"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu."
sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain.
Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan
pukul 11.00 malam.
Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku
tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah
isteriku.
"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu."
Isteriku hanya mengangguk tanda setuju.
Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di
luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku
telah pulang dan keluargaku telah tidur.
Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal
yang menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!"
ke telinganya untuk menguji isteriku.
"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur.
Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak
harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku
sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai
tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...
"Kringggggg...."
"Tik..tik..tik..tik..."
"Kring.. kring..kring.."
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku.
Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka
lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku.
Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di
rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke
sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan
pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga
sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru, Jangan
gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong
stim. Ikhlas dari : Class of 92/93, SMKAS.
Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah.

Monday, December 20, 2010
KISAH PERKAHWINAN ATAS DASAR CINTA SAMA CINTA
Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita,terutamanya yang
ingin berumahtangga. Alkisah,seorang pemuda miskin bernama Jamil,berasal
dari Benut,Pontian.Keluarganya hanyalah keluarga sederhana,tidaklah
disebut miskin.Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit di
kampungnya.
Kerana kegigihannya,Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM
walaupun dengan perbelanjaan seadanya.Semasa semester 3 dikampus,Jamil
jatuh hati pada seorang gadis bernama Sofea,juga sama-sama kuliah di
fakulti yang sama.Sofea adalah putri seorang tokoh korporat ternama di
daerah Johor Bahru dan juga berdarah keturunan diraja. Walaupun secara
ekonomi,mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk
saling mencintai. Ayah Sofea yang mengetahui puterinya begitu mencintai
pemuda dari keturunan biasa,tak mampu mencegah gelora cinta puterinya.Maka
setelah keduanya lulus,pernikahan keduanyapun diselenggara kan dengan
meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi pernikahan.Ayah
Jamil yang tak punya banyak harta,hanya dapat menyumbangkan pakaian,
langsir,sarung bantal,yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk
pernikahan anaknya.
Bahagiakah Sofea bersanding dengan Jamil?Ternyata kebahagiaan mereka tidak
berlangsung lama..... Tibalah saat malam pengantin.....Mereka berdua pun
memasuki peraduan dengan bahagia.Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan
tinggal hanya memakai seluar dalam,maka berteriaklah Sofea dengan kuat,
sebelum akhirnya jatuh pengsan hingga tak sedarkan diri.Jamil masih dalam
kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan.....
Dilihatnya seluar dalam yang dipakai.....Aduh!Jamil lupa yang seluar dalam
itu dijahit oleh ayahnya,dibuat dari kain bekas bungkus tepung
gandum.Ditengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,"BERAT
BERSIH 25.0KG".
Sudah tentu Sofea terus pengsan melihatnya.Sofea tidak dapat membayangkan
seberapa besar isinya dengan berat sebegitu! Serius sangat membacanya.....
HAHAHAHAHA!!!!!

Wednesday, December 15, 2010
JANGAN TAKUT KAHWIN AWAL!
Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...
Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...
Kisah Si Kecil Ita...
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

PETUA: ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA & CANTIK...JOM AMALKAN...:-)
PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Tuesday, December 14, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)