Thursday, January 13, 2011

just nak share


Aku dapat email ni n aku nak share kt korg about this..aku pown tk brp nak percaya tp bila bc ni mmg takut......
hadis:
Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas ke bumi )Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu?. ALLAH sahaja maha mengetahui. Cuba kita lihat hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal huru hara 2012.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

kajian NASA
Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh
NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600
tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet
jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi
kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan
terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009
planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi.. mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar
zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan
gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu
diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan
seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit
kelihatan AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan
menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di
banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun
kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya
mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit
lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper
bulan februari, kosmo, BH n lain2)
wallahhualam...

Thursday, January 6, 2011

Hari Ini Hujan Lagi

Hari Ini Hujan Lagi.. Pagi-pagi lagi sebelum ke tempat kerja aku melihat diluar.. huh... hujan renyai2.. mesti habis motor ku mengharungi lecak-lecak nnti..Klu bawak kereta lagi aku tidak sanggup.. Setan kat belakang aku plak sibuk duk mnghasut aku soh aku tido..dia kt sedap tido waktu gini.. Hahahaha.. Cepat-cepat aku halau setan tu biar berambus dari mengasut aku yang tak berapa kuat iman ni..
Dalam perjalanan ke sekolah segala ayat aku baca, krim muka aku lak, dah sikit2 tertanggal dek krn tempias hujan dari helmet..huh...Sepanjang perjalanan aku berdoa agar tk jumpa binatang haram yang kena samak klu tersentuh tu.. Teringat aku pasal semalam, time hujan gini gak..aku terserempak ngn dia, segala doa aku baca janganlh sampai dia sondol aku..Pengalaman oh pengalaman.
Sampai aku kesekolah, habis baju aku lembab dik hujan, motor aku pulak aku lihat tersangat cun dengan hiasan make up berwarna coklat kemerahan itu (selut lah)..huh... Tersenyum aku seketika memikirkan pengalaman aku sepnjang aku berkhidmat disini..terlalu banyak pahit manisnya...tp aku harus kuat..kuat dan kuat sepnjng masa...:(

Wednesday, January 5, 2011

WELCOME 2011

Coretan pertama pada tahun ini.. Pejam celik, pejam celik dh masuk tahun baru..Terlalu banyak pengalaman pahit manis tahun 2010. Pengalaman yang tak mungkin aku lupakan pada tahun 2010, apabila diijab kabulkan.. Terlalu banyak pengalaman pahit manis yang aku lalui sepanjang hidup aku n dia. Akhirnya kami disatukan dengan sekali lafaz.pada 01.10.2010. Ini dikatakan jodoh. Pengalaman mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Akan aku jadikan kehidupan hari ini agar lebih baik dari esok. Bermula tahun ini juga, aku akan jadikan blog ini sebagai dairi hati aku..
Hari ini 05.01.2011, aku tetap disini, di tempat kerja ku Mentakab, manakala suami ku di Kuantan. Em, kami terpaksa berjauhan demi kejaya masing2. Apakan daya aku, berpuluh kali mohon pertukaran tapi masih tidak berhasil. Mungkin ini ujian dari Allah. Aku harus tabah..Aku harap ini tahun terakhir aku disini. Aku ingin rasai dunia rumahtangga yang sebenar. Hehehhe..
Ape pown yang berlaku, hidup mesti diteruskan.. ape pown ujian yang datang aku harus harunginya n agaplah ia sebagai menguji kekuatan iman seseorang.... Wassalam....Amin